Adik Adam dirai sempena sambut merdeka

ALOR SETAR: Adik Adam Arif, diraikan ulang tahun kelahirannya ke-14 tahun sejurus detik jam 12 malam di Kompleks PAS Kedah, tengah malam tadi.

Advertisement

Beliau menyertai Ijtimak Pewaris Malaysia Sejahtera anjuran PAS Kedah.

Detik yang mungkin akan menjadi sejarah dalam hidupnya apabila Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, menyuap kek ke mulutnya meraikan hari lahirnya selain disaksikan oleh pemimpin negeri yang lain. (Foto atas)

Adam merupakan salah seorang daripada 800 peserta program berkenaan yang diadakan selama dua hari dan merupakan peserta tunggal lahir pada tarikh bersejarah itu. – HARAKAHDAILY 31/8/2019