GAM 19 semarakkan jiwa merdeka anak muda

TITIWANGSA: Ameerah Kawasan Titiwangsa telah mengadakan Gelombang Ameerah Merdeka 2019 dengan jayanya di sekitar McDonald Desa Pandan, di sini petang kelmarin.

Advertisement

Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim berkata, GAM 19 diadakan untuk menzahirkan rasa cinta terhadap tanah air dalam jiwa anak muda.

Disamping itu ujarnya, program ini turut memupuk rasa kebersamaan dalam masyarakat merentasi sempadan agama, bangsa dan politik apabila Jalur Gemilang dikibarkan bersama-sama.

“Sebagai Muslim, menjaga kedaulatan tanah air adalah jihad, oleh itu menerusi GAM 19, kita lebih dekat dengan masyarakat, sekali gus peluang kita untuk mengajak masyarakat bersyukur akan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi.

“Namun perlu waspada dengan anasir-anasir luar yang cuba menggugat keharmonian sejagat,” ujar Nusaibah.

Selain itu, GAM 19 juga sebagai platform mempromosi program Ameerah Mengupas Special Merdeka yang bakal diadakan hari ini, 1 September di Restoran Fairuz.

Ameerah Mengupas yang dijadualkan pada jam 9 malam nanti bakal menampilkan Setiausaha PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir dan Pegawai Khas Ketua Muslimat PAS Malaysia, Hanisah Rahman. – HARAKAHDAILY 1/9/2019