Merdeka: Masih banyak jurang dalam negara

TAHUN ini Malaysia sudah 62 tahun mencapai kemerdekaan. Jika 62 tahun itu diumpamakan sebagai manusia, ia adalah tempoh kematangan yang sudah cukup jitu.
 
Namun begitu, seakan kemerdekaan kita terasa semakin menipis. Jurang kemiskinan semakin bertambah. Malah lebih perit keharmonian dan perpaduan di antara kaum semakin melebar.
 
Ini bukanlah impian setiap rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang tinggal setahun lagi nampak kelam untuk di realisasikan.
 
Kalaupun ini mungkin boleh diletakkan sebagai kesalahan di bahu pemimpin lampau, namun sebagai kerajaan hari ini, apakah langkah komprehensif untuk menyelesaikan permasalahan ini?
 
Saya menyeru sesungguh hati nurani saya, kembalikan Malaysia di landasan yang sebetulnya. Hormatilah keberadaan setiap kaum, agama Islam sebagai agama rasmi dan hak Bumiputera agar Malaysia kekal aman dan damai.
 
Saya juga menyeru agar Islam diangkat dan di jadikan role model untuk menjadikan Malaysia lebih baik. Sesungguhnya kemerdekaan sebenar melalui acuan Islam yang tunduk tawadduk kepada Allah adalah lebih tepat dan membawa erti kemerdekaan sebenar.
 
Semoga Malaysia akan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Selamat Hari Merdeka Malaysia Kali Ke-62.
 
ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
31 Ogos 2019 – HARAKAHDAILY 31/8/2019
Advertisement