PAS Bangi santuni warga Taman Sri Budiman

KAJANG: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bangi meneruskan program Anda Di Hati Kami (ADHK) apabila turun menziarahi penduduk di Taman Sri Budiman, Bandar Mahkota Cheras, di sini kelmarin.

Advertisement

Program melibatkan 11 anggota delegasi ini turut diserikan dengan kehadiran Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Bangi, Hamsatul Hamzah.

Antara telah diziarahi adalah ahli keluarga yang menghidap masalah kesihatan iaitu jantung, gout dan buah pinggang, selain turut mengunjungi penduduk yang mendapat cahaya mata.

Rombongan yang hadir disamping bersua muka dan mendengar luahan dikongsikan, juga telah menyampaikan sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Hamsatul berharap program sebegini dapat digiat dan diluaskan lagi, serta penerimanya terus disantuni agar bantuan diberikan meringankan beban mereka yang diuji.

Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti ziarah ini perlu menjadi kesempatan bagi PAS Cawangan-cawangan mendekati penduduk memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya.

“Ia adalah aktiviti yang berterusan di bawah PAS Bangi terutamanya di bawah Lajnah Kebajikan dan ia meliputi semua Cawangan dalam Kawasan ini,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 31/8/2019

IMG 20190831 WA0066

IMG 20190831 WA0063

IMG 20190831 WA0059

IMG 20190831 WA0060