PAS Beruas dan SALAM Relief santuni asnaf

BERUAS: PAS Cawangan Permatang Kerian telah mengadakan ziarah ke atas golongan asnaf sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 di Kampung Permatang Kerian, di sini baru-baru ini.

Advertisement

Aktiviti dilaksanakan Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Permatang Kerian, Farzana Husain dan Masita Yahya bersama wakil NGO SALAM Relief, Muazzah Abdul Rahman dan Nor Alana Rosli.

Kehadiran mereka diraikan Yang DiPertua PAS Kawasan Beruas, Zakaria Hashim dan Bendahari PAS Beruas, Al Zahari Mat Isa di mana 12 keluarga termasuk saudara baru terpilih menerima sumbangan.
    
“Program ini kita dapat memupuk sifat kasih sayang antara satu sama lain dan melahirkan sifat ihsan dalam diri secara tidak langsung dapat membentuk sifat sifat mahmudah dalam diri, serta dapat menghapuskan jurang perbezaan darjat, keturunan dan pangkat.

“Ini adalah satu usaha yang murni dalam membantu masyarakat yang layak menerima bantuan tidak mengira ideologi politik.

“Imam Hasan Al-Bashri mengatakan, “Dan ingatlah lakukanlah kebaikan sekecil apapun kerana kita tidak tahu kebaikan apa yang akan membawa kita ke syurga”,” ujar Zakaria. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

20190901 112049