PAS-Umno mula mengorak langkah di Pontian

PONTIAN: PAS Cawangan Parit Sikom dan Umno Zon 3 telah mengadakan Bicara Merdeka Ke-62 untuk mengupas erti kemerdekaan dan isu-isu terkini bertempat di pekarangan PASTI Al-Jauhar 7, Kayu Ara Pasong, di sini semalam.

Advertisement

Bicara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Bumiputera Islam khasnya mengenai maksud Kontrak Sosial selepas kemerdekaan dan menjelaskan hanya dengan Islam negara akan menjadi berdaulat dan bermaruah.

Majlis ini menampilkan Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Rosman Kemin serta wakil NGO Teras Pontian, Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir.

Dengan berlangsungnya bicara ini, ia mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan PAS-Umno di sini dan seterusnya menguatkan lagi kerjasama di peringkat akar umbi menjelang PRU15.

Program bicara ini juga menjadi langkah pertama untuk kedua pihak mengadakan lebih banyak kerjasama dalam menjayakan agenda perpaduan ummah dan mengembleng kembali kekuatan Melayu-Islam. – HARAKAHDAILY 1/9/2019

20190901 220559