Anak muda Wangsa Maju tawan Bukit Dinding

WANGSA MAJU: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah menganjurkan program Hiking Bukit Dinding yang diadakan di Wangsa Maju Seksyen 4, di sini kelmarin.

Advertisement

Program melibatkan seramai 30 peserta itu memulakan pendakian seawal jam 8 pagi diketuai langsung oleh Pengarah DACS Wangsa Maju, Mohd Asri Abdullah dibantu beberapa petugas lain.

Membawa tema “Islam Memimpin Perpaduan” dan “Kami Sayang Malaysia”, program itu katanya memenuhi matlamat ekspedisi yang berorientasikan pendakian ke puncak.

“Disamping mengingati segala daya usaha dan jasa pejuang-pejuang terdahulu yang bermati-matian dan bertungkus-lumus memperjuangkan hak memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan luar,” ujarnya.

Turut hadir bersama pada pendakian ini adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Muhammad Rashidi Abdul Razak dan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali.

Mohd Asri turut melaungkan tekad bahawa pendakian ini tidak berakhir di puncak Bukit Dinding, malah sedia untuk terus mendaki menawan puncak yang lain. – HARAKAHDAILY 2/9/2019

IMG 20190902 WA0054