Boikot: Kenyataan Guan Eng kurang tepat

taki3

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan kefahaman beliau tentang isu ‘Boikot Barangan Bukan Bumiputera’ adalah kurang tepat.

Advertisement

“Bagi PAS Kempen ‘Beli Produk Muslim Dulu’ adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif,” ujar Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, hari ini sebagaimana di bawah.

Kempen Beli Produk Muslim Dulu

Kenyataan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan kefahaman beliau tentang isu “Boikot Barangan Bukan Bumiputera” adalah kurang tepat.

Bagi PAS Kempen “Beli Produk Muslim Dulu” adalah suatu tindakan yang inklusif dan kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif.

Kajian menunjukkan kempen sokong produk Muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas. Ia pastinya akan banyak membantu usahawan IKS dan luar bandar serta menjadikannya lebih berdaya saing. Di samping itu ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia yang kini ramai tidak berpekerjaan. Ia juga membawa kepada kitaran ekonomi ummah (termasuk bukan Islam) yang lebih progresif umpamanya dalam hal zakat, sedekah, waqaf dan seumpamanya.

PAS menggesa pihak kerajaan turut membantu menjayakan langkah yang murni ini.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 02 September 2019 – HARAKAHDAILY 2/9/2019