Konvoi Kemerdekaan Perpaduan Ummah Beruas

BERUAS: PAS Kawasan Beruas dan Umno Bahagian Beruas telah mengadakan Konvoi Kemerdekaan yang turut melibatkan Alternative Riding Club (ARC) dan Jabatan Amal dalam menjaga keselamatan peserta.

Advertisement

Ini merupakan aktiviti PAS Beruas dalam menguatkan kerjasamata’awunbersama Umno di mana menerusi program bersama ini PAS dan Umno memberi kesedaran kepada anak muda dalam memperjuangkan agenda Islam.
   
Yang DiPertua PAS Beruas, Zakaria Hashim telah melepaskan peserta konvoi yang dianggarkan lebih 100 orang bermula di Markas PAS Ghuroba.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Beruas, Zolkifli Hasan yang turut memberikan penerangan berkaitan protokol konvoi.
      
Hadir sama Ketua Umno Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad yang dalam ucapan menyebut bahawa Melayu Islam perlu bersatu untuk bersama sama mendapatkan kembali tampuk pemerintahan dan menegakkan kembali syiar Islam.

Aktiviti ini berakhir di Markas PAS Ghuroba dengan majlis tazkirah perjuangan dan hadir sama adalah Pemuda Umno Beruas, Mohd Fahami Asmawi. – HARAKAHDAILY 2/9/2019

IMG 20190902 WA0092