10K Langkah Merdeka bawa mesej keharmonian

TAIPING: Ameerah Kawasan Taiping telah mengadakan program 10,000 Langkah Merdeka yang dilangsungkan dengan jayanya bertempat di Taman Tasik Taiping, di sini semalam.

Advertisement

Timbalan Ketua Muslimat PAS Taiping, Ustazah Hasna’ Ab Samad yang memaklumkan program tersebut sebagai menyahut saranan Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad sempena memeriahkan sambutan kemerdekaan.

“PAS dan Umno selaku dua buah parti politik yang terbesar di Malaysia ini, kita hendaklah mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain bagi memberi kepentingan terhadap Melayu Islam.

“Ahli PAS dan Umno hendaklah memahami kepentingan perpaduan ummah tanpa menghiraukan persengketaan lama kerana umat Islam pastinya akan kuat apabila kita duduk bersatu padu,” ujarnya.

Program yang turut disertai oleh Wanita Umno Bahagian Taiping ini telah menarik perhatian masyarakat apabila semua peserta mengibarkan bendera Malaysia sepanjang 10,000 langkah tersebut.

Sementara itu di IPOH, Ketua Ameerah Kawasan Ipoh Timur, Nurul Syuhada Abd Ghani memimpin acara menjayakan program 10,000 Langkah Merdeka di Padang Polo.

“Dengan tema Malaysia Bersih sempena Hari Kemerdekaan Ke-62, Ameerah mengharapkan agar Malaysia bersih dari sikap berkepentingan, politik perkauman, politik kotor serta ideologi-ideologi luar yang mengancam negara,” ujarnya.

Hasil temubual “Erti Kemerdekaan bagi saya..” bersama masyarakat umum, kebanyakan berharap agar rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni tanpa sikap perkauman dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

Dalam pada itu, seorang bekas guru berbangsa Cina juga menyatakan harapan agar Malaysia dapat ditadbir dengan cara sendiri tanpa dipengaruhi pemikiran Barat yang merosakkan. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0079

IMG 20190903 WA0078