Ahli Assabiqun terima Anugerah Keluarga Mithali

KUALA TERENGGANU: Sambutan Maal Hijrah 1441 Negeri Terengganu menyaksikan seorang ahli Assabiqun dipilih sebagai penerima Anugerah Keluarga Mithali yang berlangsung di Stadium Negeri, di sini kelmarin.

Advertisement

Penerima anugerah terbabit, Tuan Alisah Mohamad, 69 merupakan ahli PAS bagi Cawangan Semayor dan merupakan penggiat parti yang aktif sehingga kini.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan dan ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung bergiat aktif dengan mengikuti pelbagai program dan aktiviti.

Beliau dikurniakan dengan 10 cahaya mata dan 2 daripada anaknya berjaya melanjutkan pengajian ke Jepun dan Rusia di mana semua anaknya juga berjaya sehingga ke menara gading.

Pelbagai lapangan pekerjaan yang berjaya anaknya ceburi, jurutera, doktor, pensyarah, ahli perniagaan dan lain-lain, manakala seorang anaknya juga merupakan Ketua Ameerah Dun Kemasik.

Pelbagai anugerah turut disampaikan dalam majlis sambutan yang sama, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441H.

Beliau yang juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu dan mantan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Dunia.

Anugerah disampaikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0057

IMG 20190903 WA0056