Bola Sepak Persahabatan Amal Merdeka Parit Buntar

PARIT BUNTAR: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Parit Buntar tidak terlepas beraksi dalam perlawanan Bola Sepak Persahabatan Amal Merdeka yang diadakan di Padang Sintetik Parit Buntar, di sini 31 Ogos.

Advertisement

Kumpulan-kumpulan yang menyertai perlawanan ini adalah daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dai TV3 dan Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian disuntik semangat kemerdekaan hingga tiupan wisel yang terakhir.

Program ini dianjurkan oleh Hayat Hardware Sdn Bhd dan Gabungan Masjid-Masjid Parit Buntar (GAMM) di mana menurut Mohd Hayat Mokhtar selaku penaja menjadikan ianya sebagai program amal

Katanya, selain dapat merapatkan anak muda dalam aktiviti sihat dan jalinan ukhwah, juga secara tidak langsung melaksanakan tanggungjawab terhadap insan kurang bernasib baik iaitu dengan pelancaran tabung amal.

Tambah beliau penyertaan ikon dakwah muda iaitu Dai TV3 akan memberi impak kepada pemuda-pemuda yang lain dalam mendapatkan contoh dan tauladan yang baik.

Pengerusi DACS Parit Buntar, Nizam Yunus berkata, program ini memberi galakkan kepada masyarakat untuk terus memberi sokongan terhadap aktiviti-aktiviti memupuk semangat perpaduan kaum.

Ketua Dewan Pemuda PAS Parit Buntar, Mohd Naszruddin Omar pula berkata, aktiviti sebegini adalah medan sangat sesuai dilancarkan Tabung Bencana Parit Buntar bagi meringankan beban mereka-mereka yang ditimpa bencana. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0039