Bukit Seladang ditawan HALWA Dun Damak

JERANTUT: Unit Hal Ehwal Wanita (HALWA) Dun Damak telah menganjurkan program Hiking Merdeka sempena cuti Hari Merdeka di Bukit Seladang, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Tujuan program ini adalah untuk menghayati erti kemerdekaan, membina azam tahun baru Islam dan juga menikmati keindahan ciptaan Allah dengan duduk bersama mentadabbur memerhati alam.

Program ini telah mendapat sambutan luar biasa, dengan penyertaan seramai 80 wanita yang datang daripada pelbagai daerah di Pahang.

Program ini berobjektifkan untuk saling membina ukhuwah Islamiyah di antara para peserta dan menguatkan jasmani.

Pemenang rancangan Pendakwah Milenia Musim Pertama, Daie Nor Adibah Rozain telah dijemput untuk memberikan pengisian rohani kepada para peserta setelah semua selamat tiba di puncak bukit.

Ketua Dewan Muslimat PAS Jerantut, Nor Asmah Idris turut hadir sebagai memberikan sokongan kepada para peserta serta merasmikan majlis penutup.

“Program mendekati anak muda ini akan terus dijalankan berfasa oleh pihak kami. Aktiviti seperti ini telah mendapat sambutan baik oleh anak muda dan program ini secara tidak langsung dapat mencorakkan pemikiran generasi anak muda yang selari dengan fikrah Islamiyah,” kata Ketua HALWA Dun Damak, Juraidah Othman. – HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0016

IMG 20190903 WA0017