Futsal Merdeka Piala PJ Selangor direbut 40 pasukan

KUALA LANGAT: Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Negeri Selangor telah menganjurkan Kejohanan Futsal Merdeka Piala Pesuruhjaya PAS Selangor

Advertisement

Program dengan kerjasama PAS Selangor ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Ole Futsal, Olak Lempit, Banting, di sini 31 Ogos.

Dalam ucapan perasmiannya beliau menekankan aspek sukan yang mematuhi lunas syariat Islam agar mendapat keberkatan di sisi Allah sambil bersukan.

Selain itu katanya, anak muda yang sinonim dengan sukan perlu diberi perhatian khusus oleh Dewan Pemuda PAS Selangor dengan menyantuni dan menarik orang muda mengikut acuan Islam.

Sebanyak 40 pasukan termasuk dari kaum India melibatkan 360 pemain kalangan anak muda telah berentap bagi merebut hadiah kejuaraan iaitu wang tunai sebanyak RM2,000.00 dan piala iringan.

Objektif penganjurannya untuk mendekati dan membina hubungan dengan anak muda sama ada pemain mahupun penyokong menerusi medium sukan futsal ini.

Hadir sama pada perasmian tersebut adalah Pengarah DACS Selangor, Muhammad Hatem Zakaria. – HARAKAHDAILY 3/9/2019