Pemuda PAS giat kempen utama produk Muslim

KUALA KANGSAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar memuji dan menyokong usaha baik pelbagai pihak termasuk NGO yang aktif menyedarkan umat Islam mengenai kepentingan membeli produk Muslim.

Advertisement

Sebaliknya, membidas sikap permusuhan yang terus dipamerkan golongan tertentu sedangkan Islam pula hanya diperalat mereka pada perkara yang mendatangkan keuntungan seperti tulisan Jawi di label produk.

“Umat Islam perlu sedar bahawa kuasa membeli adalah di tangan kita, majoriti pengguna di negara ini adalah kita yang beragama Islam, ini merupakan jihad ekonomi bagi tindak balas kita kepada mereka yang menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam,” ujar Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Omar Adam.

Kata beliau lagi, usaha ini semakin membuahkan kejayaan apabila semakin ramai pengusaha produk Muslim yang menghasilkan produk mereka sendiri.

Beliau ditemui di Gerai Kambing Bakar Pemuda PAS Kuala Kangsar pada Karnival Hijrah UMMAH Negeri Perak, di Padang Kompleks PAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, kelmarin.

Gerai yang mencuri tumpuan ini adalah merupakan inisiatif untuk mengumpul dana bagi Pemuda PAS Kuala Kangsar bagi menjalankan program persediaan menghadapi PRU akan datang.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait turut tidak melepaskan peluang bergambar di Gerai Kambing Bakar ini. –HARAKAHDAILY 3/9/2019

IMG 20190903 WA0041