Tidak sengaja yang menguntungkan, tetapi……

PENISILIN ialah salah satu antibiotik yang digunakan dalam perubatan dunia bagi mencegah penyakit berjangkit. Semenjak diperkenalkan dahulu, sehingga kini, ianya masih menjadi antara antibiotik yang paling baik. Penggunaannya sewaktu perang dunia kedua mencecah kepada lebih 650 bilion unit sebulan daripada 400 juta unit. Rekod menunjukkan pengurangan kematian akibat jangkitan, terutama ketika perang berkurang dari 18 peratus kepada hanya 1 peratus sahaja. Dikatakan ianya dijumpai pada September 1928 oleh Dr Alexander Flemming.

Advertisement

Dikisahkan bagaimana ia ditemui ialah, apabila Doktor Alexander yang membuat penyelidikan, terlupa meletakkan bahan kajiannya ke dalam tempat yang sepatutnya beliau letakkan. Beliau bercuti selama dua minggu. Dan apabila pulang, beliau mendapati sesuatu yang positif telah berlaku terhadap bahan kajiannya. Lalu dilakukan beberapa lagi ujian bagi pengesahan. Akhirnya penisilin telah berjaya dibuktikan sebagai satu bentuk ubat mencegah penyakit dari berjangkit.

Semenjak itu, ia dikaji dengan lebih mendalam dan diguna secara besar-besaran sehingga kini. Ia sebenarnya datang dari sesuatu yang tidak disangka berlaku, tidak disengajakan, langsung membawa kebaikan yang sangat besar kepada dunia perubatan. Sikap cuai doktor yang mengkaji itu diterbalikkan menjadi suatu rahmat oleh Allah kepada manusia sejagat. Betapa kemudiannya dunia memuji doktor yang cuai itu, sebagai orang yang menemukan penisilin.

Kerajaan PH dahulu berjanji, dengan mengatakan bahawa SST sebanyak 10 peratus, yang gantikan GST sebanyak 6 peratus, akan menurunkan harga barang-barang. Tetapi sebaliknya barang-barang semakin naik harga. Ada yang kononnya mengaku pakar ekonomi, telah mengeluarkan teori bagi menurunkan harga barang. Difahami, jika kerajaan menuruti teori beliau, barang akan menjadi sangat murah, maka diuar-uarkan yang satu troli penuh dengan barangan keperluan hanya berjumlah RM50 untuk dibelanjakan. Sayang, kita lupa bertanya apakah saiz troli itu. Setelah itu rakyat mengerti, troli yang dimaksudkan itu, mungkin hanya bersaiz setengah kaki persegi.

Barangan masih tidak turun kerana semua teori dan formula itu adalah datang dari otak si penipu. Berbelit-belit, berkeliling di tempat yang sama sahaja. Kemudian selepas setahun, secara tidak sengaja, terjadi tular Muslim berpakat buat kempen ‘Utamakan Beli Produk Muslim’. Tiba-tiba banyak harga barang diturunkan dengan mengejut, terutama harga barangan keluaran bukan Islam. Kempen ini menjadi semakin besar. Ada dilaporkan kumpulan Facebook yang berkaitan dengan perniagaan Muslim, menerima keahlian sehingga sejuta orang dalam masa beberapa hari. Menunjukkan kesungguhan rakyat mahu isu kenaikan harga barang diselesaikan.

Tetapi rakyat sangat terkejut sebab ada pimpinan negara kemudiannya mengugut supaya kempen ini dihentikan, walaupun harga barang sudah turun kerana kempen ini. Lebih terkejut lagi, ada sesetengah ulamak di dalam sangkar, belaan kerajaan jadi terlebih marah berbanding pengusaha bukan Islam kerana harga barang jadi turun sebab kempen ini. Mereka menuduh konon kempen ini sebagai pemecah-belah perpaduan negara. Mereka katakan ini ialah kempen memboikot barangan bukan Islam. Sedangkan semua pihak tahu, jauh sekali kebatilan tuduhan itu. Adakah Kerajaan PH tidak mahu barang turun harga demi rakyat? Tetapi kenapa?

Yang kurang untung ialah tauke-tauke bukan Islam, tetapi yang untungnya pula, seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa kerana harga barang diturunkan. Mustahil bukan Islam dari kalangan marhaen juga marah dengan penurunan harga ini. Pengusaha bukan Islam bukan rugi, cuma kurang untung sahaja. Jadi, sangat pelik jika kerajaan bersungguh risau bila harga turun, rakyat kemudiannya kebingungan, apakah kerajaan berkhidmat untuk tauke bukan Islam atau kepada rakyat seluruhnya? Dan pastinya ia membuktikan dakwaan harga barang tidak boleh turun, hanyalah sebuah mitos.

Oleh itu bagi kepentingan rakyat Malaysia semua, tidak kira bangsa, ada lebih baik kempen ini diteruskan, kerana harga barang akan turun dan yang paling mendapat manfaat ialah rakyat semua. Dan disebabkan Melayu Islam ialah majoriti di negara ini, maka sayugialah jika mereka membantu pengusaha Muslim. Ketidak sengajaan kempen ini, membawa kebaikan yang sangat besar kepada rakyat. Tidak seharusnya ia menjadi kepelikan sepertinya ia melanggar undang-undang negara. Tetapi malang sungguh rakyat Melayu Islam di Malaysia, tanah milik mereka sendiri apabila mempunyai kerajaan seperti PH ini.

Yang paling terbaharu, Siti Kassim juga menyertai kumpulan ulamak yang berada dalam sangkar, belaan kerajaan itu, bersama-sama mengutuk kempen ini. Alhamdulillah, semoga kekal bersama selamanya. Kental sungguh kesatuan mereka melawan geng lebai ini. Sudah banyak kali kebersamaan mereka dalam menentang PAS dan Umno seperti RUU355, isu palsu pembalakan haram di Kelantan. Cuma kita tidak pasti, ulamak itu yang jadi barua Siti, atau Siti menjadi balaci mereka. Tapi nampak dari latar belakang pelajaran Siti, dan bagaimana Siti mengatakan Allah itu sebagai getaran, maka pilihan pertama itu diyakini lebih tepat.

MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong, Marang
5 September 2019 – HARAKAHDAILY 5/9/2019