Bukan Islam Semantan disantuni Muslimat

TEMERLOH: Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan ziarah kepada golongan bukan Muslim dalam Dun Kuala Semantan, semalam.

Advertisement

Kunjungan tersebut secara khusus menyantuni masyarakat kaum Cina, India dan Orang Asal terutama dalam kalangan golongan miskin yang bermastautin di sini.

Menerusi lawatan tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan pihak PAS bersama mereka, malah sekali gus menafikan dakwaan yang menuduh PAS dengan perkauman.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Temerloh, Siti Zakiah Derani, ziarah itu bertujuan memantau dan meringankan beban kehidupan golongan tersebut.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang.

Beliau sendiri telah menyampaikan sumbangan pada kunjungan ini dan mahu inisiatif yang sama berterusan serta mengesan lebih ramai lagi golongan sedemikian untuk dibantu. – HARAKAHDAILY 8/9/2019

IMG 20190908 WA0024

IMG 20190908 WA0022

IMG 20190908 WA0019

IMG 20190908 WA0013