Merdeka: Muslimat Parit Buntar melangkah 10,000

PARIT BUNTAR: Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan program 10,000 Langkah Merdeka yang dilangsungkan di Ban Pecah, Kuala Kurau, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Lehadiran yang terlibat mencecah 100 peserta terdiri daripada remaja, orang dewasa dan warga emas terutamanya kaum ibu-ibu dan wanita yang tinggal di sekitar Parit Buntar ini.

Sejajar dengan tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”, selain  berjalan, peserta juga turut membantu mengutip sampah di sepanjang perjalanan sambil mengalunkan zikir dan selawat.

Selain daripada menyihatkan tubuh badan, kawasan persekitaran juga dapat dibersihkan daripada sampah sarap, selain program juga berobjektif memupuk semangat patriotisma dalam diri semua peserta yang hadir.

Harapan dari program ini juga agar dapat melahirkan generasi muda yang tinggi semangat patriotiknya kerana mereka merupakan pelapis pemimpin negara pada masa akan datang.

Paling utama ia memupuk sikap kepentingan menjaga kesihatan dan menjadi rakyat yang sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa bersempena dengan tema “10,000 Langkah Merdeka: Demi Kesihatan Untuk Negara”.

Program ini berakhir dengan ucapan penutup dari Ketua Muslimat PAS Pari Buntar, Rahimah Osman yang mengajak peserta sentiasa menjaga keharmonian negara dari anasir-anasir tidak sihat.

Beliau turut meluahkan kekesalan kerana agama Islam diperkotak-katikkan oleh musuh agama serta menjadi rakyat yang mempunyai jati diri tinggi bagi mengekal kemerdekaan dan keharmonian negara. – HARAKAHDAILY 10/9/2019

IMG 20190910 WA0034

IMG 20190910 WA0032

IMG 20190910 WA0031

IMG 20190910 WA0029