PRU15 lebih awal berdasar rekod Tun M

KOTA BHARU: Berdasar rekod pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini Pilihan Raya Umum (PRU) 15 dijangka diadakan lebih awal.

Advertisement

ariffKetua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, kemungkinan PRU15 lebih awal tidak dapat ditolak dengan mengambil kira situasi yang berlaku sekarang.

Katanya, kebangkitan rakyat di atas nama penyatuan ummah dilihat berlaku di seluruh negara.

“Sekiranya PRU dilambatkan Pakatan Harapan bimbang tidak mampu lagi mengawal kebangkitan rakyat sehingga berlaku penolakan besar-besaran terhadap gabungan parti tersebut,” katanya di sini.

Oleh itu kata beliau Pemuda PAS Kelantan mengambil langkah awal mempersiapkan jentera bagi menghadapi segala kemungkinan terbabit.

Mohd Ariff juga berkata, rakyat pebagai kaum di negara ini wajar menyertai Himpunan Penyatuan Ummah pada Jumaat dan Sabtu ini di Kuala Lumpur bagi melahirkan Malaysia sejahtera. – HARAKAHDAILY 10/9/2019