Muslimat Pasir Salak hayati merdeka 10k langkah

PASIR SALAK: Menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak telah mengadakan program 10,000 Langkah Merdeka, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Dengan tema “Setiap Langkah Membawa Faedah” program anjuran Lajnah Alam Sekitar turut diisi dengan aktiviti senamrobik, mengutip sampah sepanjang perjalanan, mengedar risalah ‘Minda Merdeka Jiwa Bersatu’ dan diikuti taujihat.

Program yang mendapat sokongan dan turut dibantu guru PASTI ini juga diserikan dengan pertandingan mewarna jalur gemilang bagi kanak-kanak sambil ibu mereka merentas desa.

Peserta yang terlibat dalam lingkungan 50 dewasa dan 30 kanak-kanak itu turut dihadiri wakil daripada Wanita Umno Bahagian Pasir Salak di mana penganjur mengajak peserta berjalan sambil berzikir menyedut udara segar.

Ketua Dewan Muslimat Pasir Salak, Jamaliah Sudin dalam ucapannya mengajak peserta untuk menghayati sejarah kemerdekaan negara serta sejarah Pasir Salak dan juga Sungai Manik.

“Dalam pada kita memandang ke hadapan, sesekali menolehlah kebelakang untuk kita hayati sejarah tanah air. Di sini ada pejuang yang putus tangannya dan Dewan kita duduki ini, Dewan Tuan Guru Haji Rais juga ada sejarahnya,” seru beliau.

Beliau turut mengemukakan soalan kuiz berkaitan sepanjang program dan menyampaikan hadiah bagi pemenang kuiz dan pertandingan mewarna. – HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0070

IMG 20190911 WA0069

IMG 20190911 WA0068

IMG 20190911 WA0067