Pemuda PAS WP edar topeng muka hadapi jerebu

KUALA LUMPUR: Lajnah Alam Sekitar Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif menyedarkan warga kota ini terhadap bahaya jerebu dengan mengedarkan risalah dan topeng muka.

Advertisement

Pendekatan ini telah dilaksanakan dengan penyertaan pimpinan PAS Wilayah Persekutuan antaranya Ketua dan Naib Ketua Pemuda, Mohd Rashidi Abd Razak dan Ustaz Ubaid Akla di sekitar LRT Masjid Jamek, petang semalam.

Turut serta adalah Setiausaha Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmir Syazwan Ahmad Suparmin dan Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Wilayah Persekutuan, Hamir Zahari.

Menurut Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Wan Shafareen Wan Abdul Halim, tahap jerebu ketika ini merisaukan rakyat terutama yang sering melakukan aktiviti luar.

“Umum kita ketahui, tahap indeks jerebu di Lembah Klang semakin kritikal. Bacaan pada hari ini 10 September menunjukkan bacaan lebih paras 150 yang menunjukkan tahap kualiti udara tidak sihat,” ujarnya.

Disambut baik orang ramai yang ditemui, pihak Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengedarkan 300 keping topeng muka dan risalah. – HARAKAHDAILY 11/9/2019

IMG 20190911 WA0045

IMG 20190911 WA0042