HPU914: Pemuda PAS-Umno Ipoh Barat berwacana

IPOH: Pemuda PAS Kawasan Ipoh Barat telah mengadakan wacana ilmiah mengenai hala tuju ta’awun PAS dan Umno yang turut menghimpunkan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, di sini kelmarin.

Advertisement

Panel terdiri dari Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Ipoh Barat, Ustaz Shafiq Sahimi dan Ketua Pemuda Umno Ipoh Barat, Iqbal Jamal Jamaluddin, manakala moderator ialah Mahasiswa Universiti Al-Azhar, Ustaz Muhammad Syazwan Faiz Shahrom.

Wacana bertajuk “Ta’awun PAS-Umno Rasis?” itu turut menyanggah tuduhan bahawa kerjasama kedua parti bersifat perkauman, sebalik mengutarakan pelbagai keterangan yang menjelaskan hal berkaitan.

Ini termasuk kempen ‘Buy Muslim Product First’ yang dikupas Ustaz Shafiq dengan memilih kisah surah ‘Abasa mengenai teguran Allah terhadap Rasulullah di mana menjadi petunjuk mengenai mengutamakan Muslim.

Iqbal pula menyeru agar berusaha mengutamakan produk dan perkhidmatan Muslim sebelum memilih sebaliknya pada wacana menjelang HPU914 ini. – HARAKAHDAILY 12/9/2019