Kedudukan berjiran mudah dadah diseludup

TUMPAT: Kelantan mudah terdedah dengan gejala penagihan dadah disebabkan kedudukannya berjiran dengan Thailand.

Advertisement

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, bahan terlarang itu bukan dihasilkan di Kelantan.

Katanya, disebabkan kedudukan berjiran dengan Thailand menyebabkan dadah mudah diseludup ke negeri terebut.  

“Kita hanya dapat bertahan sebab kita kini terdedah diseludup barang terlarang itu dari luar sempadan.

“Jadi kita berharap semua agensi kerajaan terutamanya bahagian penguatkuasaan perlu pertingkatkan kawalan di kawasan sempadan,” katanya selepas merasmikan program Sahabat Bijak ‘Safe and Protect’ Jauhi Dadah tahun 2019 di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 di sini hari ini.

Program itu dianjur Pemadam dengan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi pendidikan mengenai bahaya serta kesan penggunaan dadah kepada pelajar sekolah rendah. – HARAKAHDAILY 12/9/2019