Kenapa PAS terima Umno?

KUALA LUMPUR: PAS realistik dalam berpolitik di mana mengambil keputusan yang benar dan tepat pada ketika ia ditetapkan, selain melihat peluang dan darurat serta pendekatan sesuai dengan dinamik politik.

Advertisement

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin mengupas tajuk “Kenapa PAS Terima Umno?” pada slot Kerusi Panas di Pertiwi TV yang bersiaran langsung, di sini malam tadi.

“Dalam keadaan kita (PAS) berjuang, bukan sekadar berdakwah, tetapi mencapahkan dakwah. Dalam erti kata lain, mana-mana parti politik, bila berdaftar sebagai parti politik, ia perlu menerima ataupun mencari kemenangan.

“Keperluan untuk bergabung dengan mana-mana entiti politik perlu didasarkan dengan dasar Perlembagaan parti tersebut,” ujarnya menegaskan pegangan tersebut adalah selaras prinsip PAS kepada Islam.

PAS katanya, tidak pernah terikat dengan Umno walaupun pernah bersama tahun 1970-an dahulu, iaitu tidak terikat dengan tahalufsebaliknya bebas membawa suara di dalam BN, sehinggalah PAS ditolak keluar.

Namun jelasnya, hal ketika itu berbeza dengan sekarang di mana kekuatan PAS kini tidak sama seperti di waktu itu yang menyaksikan parti Islam ini sedang dipimpin di era ini oleh golongan ‘mempelajari sejarah’.

“Kita sebagai orang Islam, kita tidak akan masuk perangkap kali kedua. Kita ada ‘lesson learn’, kita ada ‘experience sharing’, semua itu ada. Semua itu termaktub dalam muafakat nasional tersebut yang akan ditandatangani nanti,” jelas jurutera muda ini.

Ir Khairil turut menyangkal bahawa anak muda telah melakukan penolakan sepenuhnya terhadap Umno, sebaliknya beliau penuh yakin anak muda sedang belajar dari kesilapan dan sedia membuat perubahan.

Malah ujarnya, perubahan PRU14 menjadi muhasabah kepada kerajaan lalu yang lama memerintah, bahkan juga menjadi muhasabah kepada kerajaan baru atas manifesto ditinggal tanpa dilaksanakan.

“Anak-anak muda rasa diri mereka tidak dihargai, ditipu. Asasnya anak muda (yang mengund PH) ini berubah kerana persepsi mahukan kerajaan baru yang lebih segar, yang boleh bawa suara mereka.

“Akhirnya, sehingga kini, lebih kurang setahun setengah, mereka merasakan diri mereka ditipu. (Tetapi) Tidak semua anak muda menyokong PH, ada yang consistently menyokong pembangkang.

“Jadi tugas kita di peringkat Pemuda ialah ‘in a team’, kita bersama PAS, IKATAN, BERJASA dalam wing Gagasan Sejahtera. Adapun (Pemuda) Umno, dia bersama MCA dan MIC (dalam) BN. Kita perlu menggabungkan diri.

“Bermuafakat memastikan bahawasanya kita menjadi pembangkang yang konstruktif, yang loyal, yang kolaboratif, menjadi check and balancekepada kerajaan. Di sinilah baru anak-anak muda akan beri sokongan pada kami,” yakininya.

Kata Ir Khairil, beliau memiliki ‘partner’ yang menarik dan jujur iaitu Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki di mana kolaborasi Pemuda PAS dan Pemuda Umno sangat baik setakat ini.

Perkara tersebut terangnya dibuktikan dengan ganding bahu bersama-sama dalam beberapa siri PRK, malah berjaya mencapai kemenangan dalam tiga penyertaan.

“PRU14 telah berlaku (dan berlalu), a lot of lesson learn. Kita sebagai Pemuda PAS, kita mengambil pengajaran-pengajaran tersebut.Alhamdulillah setakat ini, movement di peringkat saya danteamPemuda berjalan lancar.

“Ya, ada kelemahan here and there, tapi sekurang-kurangnya semua ada dalam ‘radar’ dan measurement dashboard Pemuda, di manakah tempat untuk kita perkasakan. Antara track kita, kita follow WINS2051, blue printPAS.

“Dan antara penataan itu ialah bekerjasama dengan mana-mana parti supaya kita menjadi pembangkang yang kuat di dalam PRU15,” jelasnya optimis. – HARAKAHDAILY 12/9/2019