HPU914: Himpunan Muslimat-Wanita buka tirai

KUALA LUMPUR: Himpunan Wanita Penyatuan Ummah mendapat sambutan hangat dengan para peserta mula memenuhi ruang kaunter pendaftaran di perkarangan Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, di sini seawal jam 7:30 pagi.
 
Himpunan mengumpulkan Muslimat PAS dan Wanita Umno kedua-mewakili dua parti umat Melayu-Islam terbesar negara ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta yang hadir dari seluruh pelusuk negara. 
 
Kaunter pendaftaran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pendaftaran bagi peserta ‘walk in’ dan pendaftaran atas talian bagi melancarkan urusan peserta yang hadir.
 
Lebih 2,000 peserta hadir mendaftarkan diri memeriahkan Himpunan Wanita Penyatuan Ummah yang bermula dengan munajat perdana membuka tirai ini dan akan berakhir pada jam 2 petang ini. 
 
Suasana pendaftaran juga bertambah meriah dengan keseragaman pakaian para pimpinan dan peserta yang hadir bertemakan baju putih dan batik. – HARAKAHDAILY 13/9/2019
Advertisement