PAS Tebrau edar kuih bulan santuni kaum Cina

TEBRAU: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Tebrau telah melaksanakan program Edaran Kuih Bulan bertempat di Pasar Pagi Jalan Beladau, di sini pagi semalam.

Advertisement

Program ini merupakan kesinambungan program Edaran Buah Limau Mandarin yang telah diadakan pada Februari lalu, bagi menyantuni masyarakat berbangsa Cina.

Tujuan utamanya adalah meraikan Festival Kuih Bulan yang jatuh pada hari ini, 13 September berdasarkan kalendar lunar masyarakat Cina.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin telah menyempurnakan edaran kuih bulan kepada masyarakat Cina di kawasan sekitar yang turut dihadiri Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Tebrau, Fatima HP Dulkarnain.

Lebih 50 biji kuih bulan diedarkan kepada kaum Cina disamping program ramah mesra berhubung aktiviti jualan para peniaga di sekitar Pasar Pagi Jalan Beladau, di sini.

Rata-rata masyarakat menerima dan menyambut baik pemberian ini dan turut memuji serta mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Tebrau terhadap sambutan perayaan pelbagai kaum.

“Program seperti ini perlu diteruskan agar menjadi nadi kekuatan PAS bukan sahaja dalam bidang politik, malah dalam menyemai usaha dakwah di kalangan masyarakat bukan Islam,” ujar Ustaz Abdullah yang juga mantan Adun Puteri Wangsa. – HARAKAHDAILY 13/9/2019

IMG 20190913 WA0037

IMG 20190913 WA0036