Hari Sukan PASTI Petra Jaya penuh meriah

PETRA JAYA: PASTI Kawasan Petra Jaya telah mengadakan program tahunan melibatkan sembilan Cawangan PASTI di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, di sini semalam.

Advertisement

Hari Sukan PASTI merupakan salah satu program penting yang diadakan bertujuan melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari pelbagai sudut termasuk perkembangan rohani dan jasmani.

Ianya juga ke arah memperkembangkan lagi potensi murid PASTI secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.

Antara yang hadir adalah Pengerusi PASTI Petra Jaya, Rasyid Rohim dan Pengarah PASTI Negeri Sarawak, S Muhammad Salim sekali gus merasmikan Hari Sukan PASTI Tahunan ini.

Para peserta telah mengambil bahagian dalam 12 acara yang dipertandingan antaranya lari berganti, isi air dalam botol, lari kepit bola dan tarik bola dalam gelung.

Juga bawa bola pingpong dalam sudu, lari ikat kaki, susun piramid tin dan tarik tali melibatkan pembahagian mengikut kategori iaitu 4, 5 dan 6 Tahun.

Turut dipertandingkan adalah acara perbarisan mewakili warna rumah sukan masing-masing di mana ia berakhir dengan PASTI Darul Furqan menjuarai keseluruhan Hari Sukan dengan jayanya. – HARAKAHDAILY 15/9/2019

  

 IMG 20190915 WA0012

IMG 20190915 WA0011

IMG 20190915 WA0010

IMG 20190915 WA0006

IMG 20190915 WA0007

IMG 20190915 WA0008