Sambut Hari Malaysia di Rumah Panjang

IMG 20190916 WA0054

ALHAMDULILLAH. Hari ini adalah hari yang penuh bersejarah dan sangat seronok dengan kejayaan penganjuran program Himpunan Hari Malaysia Ke-56 peringkat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 2019 yang diadakan di Rh Gima, Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak Darul Hana.

Advertisement

PAS mencipta sejarah tersendiri bila julung-julung kalinya menganjurkan program ini di Rumah Panjang di Bumi Kenyalang! Sambutan-sambutan sebelum ini diadakan sama ada di dewan, hotel atau premis di dalam bandar. Kali ini penganjuran secara unik dilaksanakan di ruai Rh Gima iaitu sebuah rumah panjang masyarakat etnik Iban. Selain himpunan, sebelumnya sejak awal pagi telah diadakan Karnival Rakyat dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik.

Lebih meriah, YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri hadir merasmikan program ini. Turut hadir YB Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden PAS), YB Dato’ Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Hj Jofri Jaraie (Pesuruhjaya PAS Sarawak), Dr Halimah Ali (Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat), Mr Balasubramaniam (Ketua Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Pusat), Encik Achau Mujah (Ketua DHPP Sarawak), AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri-negeri/ Wilayah dan ramai lagi pimpinan PAS dan DHPP.

PAS membuktikan bahawa sebagai parti Islam ia adalah adil dan terbuka untuk semua. Slogan “PAS For All” diterjemahkan melalui program yang dilaksanakan hari ini. PAS bukan sebuah parti ekstrem, tetapi sebuah parti yang kekal dengan jati diri, dasar dan prinsipnya sebagai Gerakan Islam dan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). PAS berjuang membentuk masyarakat Madani dalam konteks masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Tahniah dan jazakumullahu khaira jaza’ kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang diterajui oleh Encik Zulkipli Ramzi (Timbalan Pesuruhjaya 3 merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sarawak), Encik Zharudin Narudin (YDP PAS Kawasan Bintulu) dan Encik Mohammad Arifiriazul Paijo (Setiausaha PAS Sarawak) serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih juga buat semua penduduk rumah panjang Rh. Gima, Urusetia Program, Jabatan Amal, Briged Muslimat, Penerangan PAS Sarawak, Media PAS Pusat, jentera bantu yang datang dari seluruh Sarawak, seluruh masyarakat tempatan yang terlibat dari awal perancangan, perjalanan dan seterusnya bertungkus-lumus menjayakan program Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Demi Islam, Sayangi Malaysia: Malaysia Bersih!

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!

MUHTAR SUHAILI AS-SARAWAKI,
AJK PAS Pusat dan
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak. – HARAKAHDAILY 16/9/2019

 

IMG 20190916 WA0055 

IMG 20190916 WA0074