Yahudi dan pelan jangka masa panjang

PROJEK menguasai dunia

Advertisement

Apabila meneliti projek-projek Yahudi Zionis yang berproksikan Amerika, boleh dikatakan perancangan mereka “maintain” dan berterusan sehingga memakan masa yang panjang.

a.     Antaranya rancangan penubuhan Negara Haram Israel bermula dengan buku Theodor Hertzl yang bertajuk Negara Yahudi pada 1896 hinggalah berjaya diisytiharkan pada 1948.

b.     Antara yang lain Pemetaan Semula Asia Barat (New Middle East) yang bermula dengan pembentangan Bernard Lewis pada 1983 dan maintan berjalan hingga sekarang, sekali pun terdapat beberapa pembaharuan (update)

c.     Antara yang lain serangan Islamophobia yang bermula dengan lebih subur pada 1980-an dan “disegarkan” kembali pada peristiwa misteri 11 September 2001, dan berterusan sehinggalah sekarang.

Perancangan masih berjalan

Theodor Hertzl, Bernard Lewis, Lawranca Arabia, Snouck Hugronje dan pemikir-pemikir Zionis ini sudah pun mati. Namun pemikiran dan strategi mereka kekal diteruskan oleh pelapis-pelapis mereka. Ummat Islam bagaimana?

Semasa hayat lagi pemikir-pemikir itu tahu bahawa rancangan mereka itu belum tentu berhasil semasa hayat mereka. Bahkan mereka tahu, mereka sendiri tak mungkin nikmati kejayaan perancangannya.

Boleh lihat Snouck Hugronje sebagai contoh, menyamar sebagai seorang Syeikh Abd Ghafur, merapati para Kiyai di Makkah, berjalan jauh ke Acheh dan berkahwin dengan anak Kiyai. Bayangkan betapa bersungguhnya mereka menjaya agenda jahat.

Rancangan membunuh Nabi Isa A.S

Allah S.W.T berfirman:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”

(Ali-Imran: 54)

Para mufassir menyatakan bahawa ayat ini merujuk kepada perancangan licik orang Yahudi untuk membunuh Nabi Isa A.S. Lalu usaha mereka itu digagalkan oleh Allah S.W.T dengan merupakan salah seorang daripada mereka dengan rupa Nabi isa A.S.

Di dalam Tafsir Ibn Kathir, menghuraikan bahawa mereka menghasut pemerintah ketika itu memburuk-burukkan Nabi Isa A.S dan menggambarkan bahawa Baginda A.S sebagai seorang penjenayah berwatak agama.

Rancangan menguasai tanduk Afrika

Tanduk Afrika merupakan laluan penting yang boleh diklasifikasikan sebagai medan menguasai dunia, khususnya dari sudut ekonomi.

Mungkin rancangan mereka pertama kalinya bukan untuk menguasai, tetapi lebih kepada ingin memastikan laluan ini “tidak dimiliki oleh sesiapa”.

Lalu negara-negara yang dirasakan mampu menguasai sekangkang laluan itu pasti akan diporak-perandakan. Rancangan ini sejak zaman berzaman, seiring dengan penjajahan Palestin.

Deal of the century

Projek yang boleh dikira sebagai pembinaan kubu Israel ini juga boleh dikatakan perancangan jangka masa panjang untuk memastikan keselesaan Israel bertapak di Palestin.

Negara-negara Arab ada yang dibonekakan, dan ada yang diporak-perandakan. Rancangan terdekat adalah menghalau penduduk Gaza ke Sinai. Lalu Sinai perlu diporakperandakan dengan drama-drama pengeboman.

Apa jadi pada rakyat yang tak berdosa? Mereka sudah umpama mainan yang dikontrol. Ada yang mati dibom begitu sahaja, ada yang olok-olok kena tembak, yang pastinya gerakan Islam dituduh sebagai dalangnya.

Drama Islamophobia

Serangan Islamophobia ini didatangkan dengan siri-siri drama yang kelihatan real. Selepas peristiwa 11 September 2001, mereka persembahkan Taliban yang didalangi oleh Osama Laden.

Selepas berlalu zaman Bush, muncul pula Barrack Obama dengan dramanya yang bertajuk “ISIS” yang kononnya memperjuangkan Islamic State cara ganas.

Mungkinkah ke arah membentuk negara baru Islam pada 2024? Mungkinkah 2024 penutup kepada drama Islamophobia atau ada sambungannya?

Ulamak ciptaan Amerika

Melahirkan ilmuan Islam yang berideologikan Barat merupakan salah satu strategi licik mereka. Ia menjadi bukti bahawa mereka itu sangat meneliti Hadis Nabi S.A.W lalu merancang untuk menjahanamkan Islam.

Perkara ini tidak pelik kerana sudah lahir ribuan orientalis sejak zaman berzaman yang menghafal al Quran, ribuan hadis, mengarang kitab-kitab besar dan banyak lagi.

Di samping itu, rancangan ini perlu dikepilkan dengan projek ketaksuban. Lalu para ulamak yang “dicipta” ini perlulah ditonjolkan kerana mereka tahu ummat Islam mudah dijangkiti penyakit silau (الانبهار).

Dengan kesilauan inilah lahirnya taksub, dan seterusnya menjayakan projek melahirkan ulamak upahan Amerika. Walaupun perkara ini telah diingatkan di dalam kitab terdahulu dan moden, mereka lapik dengan ijtihad-ijtihad yang rare.

Gerakan Islam bagaimana?

Kita dapati sifat “maintain” mereka terhadap kejahatan itu sangat luar biasa. Gerakan Islam yang mempunyai agenda dan perancangan jangka masa panjang seperti ini sangat payah dilihat.

Antara faktor yang membantutkan ialah, gerakan-gerakan Islam seluruh dunia sering disibukkan dengan konflik dalaman yang mungkin tidak dirancang, atau memang dirancang untuk membantutkan perkembangannya.

Ahli gerakan Islam yang adakalanya lebih suka bersentimen berbanding berjuang, lebih suka bertaksub berbanding berprinsip, dan lebih suka berlakon berbanding bekerja. – HARAKHDAILY 16/9/2019