Muafakat Nasional bina kekuatan ummah

KOTA BHARU: Veteran PAS di sini menyambut baik piagam Muafakat Nasional yang dirintis PAS dan Umno bagi menggembleng semula kekuatan orang Melayu.

Advertisement

awangPengerusi Assabiqun Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, usaha tersebut sebagai satu nikmat yang paling besar selepas 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, selepas orang Melayu berbalah sama sendiri selepas 1978, namun sekarang mereka bertaut kembali bagi membina semula kekuatan ummah.

“Bagaimanapun ahli di peringkat akar umbi perlu diberikan penjelasan supaya mereka dapat memahami kandungan piagam PAS dan Umno.

“Ini merupakan tugas pasca penyatuan ummah yang perlu diperkasakan kerana menyedari masih ada segelintir ahli kedua-dua parti yang belum faham kerjasama berkenaan,” katanya yang juga bekas Adun Limbongan.

Bekas guru besar Ibrahim Isa juga menyifatkan muafakat nasional merupakan satu kejayaan kepada kedua-dua parti kerana mendukung satu matlamat. – HARAKAHDAILY 17/9/2019