Muafakat Nasional selari kehendak Islam

ARAU: Tidak sepatutnya timbul sebarang isu berbangkit mengenai Piagam Muafakat Nasional yang mencetus sejarah besar negara Sabtu lepas.

Advertisement

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, piagam yang dimeterai tidak ada satu pun yang bercanggah dengan Islam.

Malah katanya ia juga selari dengan perlembagaan negara.

“Keraguan tidak sepatutnya timbul kerana Piagam Muafakat Nasional menggariskan lima asas utama iaitu menjunjung dan mempertahankan keluhuran perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu menjamin pembentukan negara dengan menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya pada program kucai bubur Asyura Perpaduan Ummah Dun Pauh di sini semalam. – HARAKAHDAILY 17/9/2019