Nisa’ Indera Mahkota anjur Santai Walk Away

INDERA MAHKOTA: Nisa’ Indera Mahkota telah menganjurkan program Santai Walk Away yang bertemakan “Sayang! Jom Sihat” yang diadakan di Perumahan Balok Perdana dan Taman Balok Makmur, di sini kelmarin.

Advertisement

Program julung kali ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Nisa’ Indera Mahkota, Huda Jameelah Mohamad yang turut memberi suntikan semangat untuk acara kemasyarakatan sedemikian disemarakkan.

Beliau menerangkan peranan NGO Nisa’ dalam kesukarelawan dan kebajikan menerusi penglibatan wanita muda dari usia 13 tahun hingga 40 tahun, serta inisiatif-inisiatif terhadap golongan asnaf terutamanya.

Program berjalan kaki 5 kilometer mengelilingi kawasan penempatan yang diikuti 70 peserta dari pelbagai peringkat umur ini telah dipimpin sendiri Ketua Nisa’ Balok Perdana dan Balok Makmur, Nurnadiatunnajihah Shamsudin dan Nurul Hafizah Imani Bakri.

Peserta juga mengikuti sesi pengisian rohani pada slot Taujihat Hati yang disampaikan Pengerusi Sahabat Telekung Kuantan, Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh di mana sangat menjentik iltizam untuk menggapai redha Allah. – HARAKAHDAILY 17/9/2019 

IMG 20190917 WA0015

IMG 20190917 WA0016