PAS Batu Gajah berukhuwah masak Asyura

BATU GAJAH: Lajnah Dakwah PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura dengan anjuran bersama PAS Cawangan Bemban Raya, di sini.

Advertisement

Majlis yang turut menyediakan masakan bubur lambuk ini telah dilangsungkan dengan jayanya di kediaman Ketua Penerangan PAS Batu Gajah, Muhammad Fadhzil Adnan, kelmarin.

Juga terlibat bersama menggabungkan tenaga pada program digerakkan 44 petugas ini adalah Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Batu Gajah dipimpin Komandan, Wan Hammad Wan Alias.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Batu Gajah, Ustaz Mohd Esa Abdul Kadir menyifatkan majlis telah disuntik gelombang Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) yang berakhir sehari sebelumnya.

Malah katanya, majlis yang turut melibatkan jiran tetangga berhampiran itu juga menyemarakkan semangat patriotik kenegaraan apabila diadakan bersempena Hari Malaysia.

Dua jenis bubur dengan masing-masing membawa rasa manis dan masin itu kemudiannya dibungkus dan diedarkan kepada lebih 200 penduduk selepas solat Zohor. – HARAKAHDAILY 18/9/2019 

IMG 20190918 WA0004