AMAL WP bina kualiti di medan PTA

TANJUNG MALIM: Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) Wilayah Persekutuan telah diadakan di Kem Ma’ahad Tahfiz Ad-Diniah Nur Ramadhan milik Ustaz Abdul Aziz Arof, di sini 14 September lalu dan berakhir kelmarin.

Advertisement

Program tahunan ini berlangsung seusai semua anggota Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Wilayah Persekutuan menamatkan tugas pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di PWTC.

Ketua Pengarah AMAL Malaysia, Norazman Ishak berkata, PTA adalah medan anggota mengerat ukhuwah dan mahabah, selain belajar mempraktikkan kemahiran serta mengasah kepimpinan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Muhammad Rashidi Abdul Razak menegaskan kepentingan kualiti yang sebenarnya menjadi elemen penting anggota.

Turut memberi pengisian sepanjang PTA ini adalah Ustaz Abdul Aziz sendiri, selain peserta juga mempelajari modul pengurusan jenazah, kawad kaki, penggunaan kompas, walkie talkie, kejuruteraan dan elektrik.

Semua teori dipelajari tersebut kemudiannya dipraktikkan dalam slot Explorace yang mencabar minda dan fizikal serta kesatuan para peserta. – HARAKAHDAILY 18/9/2019

 

IMG 20190918 WA0040

IMG 20190918 WA0041

IMG 20190918 WA0042

IMG 20190918 WA0043

IMG 20190918 WA0045

IMG 20190918 WA0046

IMG 20190918 WA0047