Rumah penduduk diroboh juga hari ini

r3

SHAH ALAM: “Di mana sikap keperimanusiaan Kerajaan Negeri Selangor apabila mengambil tindakan meroboh rumah tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada penduduk?” luah penduduk, Faisel Mohd Shapie.

Advertisement

Katanya, tidak dinafikan telah ada notis perpindahan yang diberikan selama 30 hari yang berakhir pada 5 September lalu.

Bagaimanapun ujarnya, kerajaan negeri melalui Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa telah memberi tempoh penangguhan sehingga bulan November selepas penduduk membuat permohonan penangguhan pada 4 September lalu.

“Namun apa yang berlaku, hari ini tiba-tiba rumah penduduk dirobohkan tanpa memberi sebarang pemberitahuan.

“Penduduk tidak membuat apa-apa persediaan kerana ingat tiada sebarang perobohan sehingga November.

“Sekarang ke mana kami nak pergi?” soalnya ketika ditemui di Sungai Kedongdong, Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh hari ini di sini.

Lebih menyedihkan katanya, apabila penduduk tidak mempunyai tempat tinggal apabila rumah mereka dirobohkan.

Faisel berkata, penduduk tidak meminta sebarang pampasan atau sebagainya, hanya memerlukan tempoh sehingga hujung tahun ini sahaja berikutan tanah yang diduduki mereka hak milik kerajaan.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk mempertikai apabila mereka mempunyai  geran tanah persendirian, tetapi tetap dirobohkan.

Terlebih dahulu, sebanyak lebih kurang 92 buah rumah akan dirobohkan pada hari ini  bagi perlaksanaan projek perlebaran Sungai Kedongdong. – HARAKAHDAILY 18/9/2019

kd2

 kd1

r4

r5