Sokong pertahan politik Bumiputera Sarawak

JURANG sosio-ekonomi dalam kalangan rakyat Sarawak yang begitu melebar sejak lebih 6 dekad lalu menuntut langkah berani dan bersepadu untuk menanganinya. Komitmen Kerajaan GPS Sarawak untuk mengecilkan jurang tersebut dengan menyeimbangkan agihan kekayaan Bumi Kenyalang amatlah perlu didukungi seluruh rakyat negeri ini.

Advertisement

Amat perlu disedari betapa faktor perubahan ini tidak dapat lari daripada pengaruh kuasa politik. GPS sudahpun menunjukkan iltizam politiknya ke arah masa depan Sarawak yang lebih baik. Namun, berhadapan juga dengan langkah politik sedang dicatur oleh PH yang telahpun menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan sejak PRU14 lalu.

Sasaran terdekat terujanya PH untuk menambah dan meluaskan kuasanya adalah pada PRN Sarawak yang boleh diadakan setidak-tidaknya tahun hadapan. Isyarat itu telahpun diberikan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya dalam program BERSATU sempena kehadirannya ke Sambutan Hari Malaysia di Kuching.

Beliau memberi mesej jelas untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Sarawak daripada teraju GPS. Soalannya, apakah rakyat Sarawak telah bersedia menyerahkan kepercayaan kepada PH yang ternyata memberi janji palsu pada Manifesto mereka sendiri? Paling utama PH dicengkam kuat oleh DAP yang sangat bersifat perkauman.

Lantaran itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai ahli politik dan ulamak yang cukup berpengalaman telah memberikan nasihat sangat berguna untuk kita warga Bumi Kenyalang. Beliau menyeru supaya teraju pemerintahan dipastikan terus kekal penguasaannya kepada Bumiputera rakyat Peribumi Sarawak.

Hal tersebut peringat beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, agar negeri ini dihalang daripada dikuasai oleh DAP. Kerana perkara yang paling jelas akan dilakukan DAP adalah memastikan kekayaan perniagaan dan hasil negeri dikuasai oleh satu bangsa sahaja iaitu kaum Cina. Ini semua dapat difahami berkait survival politik DAP itu sendiri.

Sikap perkauman DAP ini bukan baharu, wajah ini telah dikenali tanpa rahsia. Malah lihat sahaja Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tahun lalu; telah mengurang dan memansuhkan begitu banyak peruntukan dan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam negara.

Terutama petani, penternak, nelayan dan peniaga kecil di mana golongan ini paling ramai terdiri daripada Bumiputera kaum Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak. Mereka bukan sahaja miskin, berpendapatan rendah dan hidup di luar bandar atau pedalaman, malah jauh daripada segala insfrastuktur dan kemudahan asas.

Sedangkan yang menguasai kekayaan perniagaan dan hasil negeri Sarawak adalah kaum minoriti Cina di mana sebahagian mereka juga adalah penghijrah ke sini terutama di bandar-bandar utama. Kerana itu kebimbangan bahawa DAP akan terus memperkayakan satu kaum ini sahaja wajar berdasarkan sikap telah dizahirkan.

Keengganan dan dalih Guan Eng memenuhi permintaan pinjaman RM1 bilion oleh Kerajaan GPS Sarawak untuk tujuan pendidikan negeri ini amat dikesali. Sudahlah hal ehwal pendidikan itu sebenarnya di bawah Kerajaan Persekutuan, Guan Eng pula bersikap seperti ‘mengugut’ apabila menggesa Sarawak menjelaskan hutang dahulu.

Inilah sikap tidak berdasarkan kenegaraan, tetapi lebih kepada sentimen politik dan perkauman. Untuk itu, menyerahkan negeri ini untuk ditadbir PH pada masa akan datang tidak akan sama sekali memacu Sarawak menjadi lebih baik. Sebaliknya, ia tidak ubah seperti kembali meletakkan negeri ini seperti ‘dijajah’ semula oleh ‘penjajah’ DAP.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 19/9/2019