DAP bukan mewakili suara rakyat Sarawak – DHPP

DAP satu-satunya parti dalam komponen PH yang meracau selepas berita tular Presiden PAS dan rombongan bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak Selasa lalu. Mereka terus menyerang pertemuan antara pemimpin Islam dengan hubungan ‘tidak suci’. Ternyata sifat perkauman DAP tidak boleh disangkal dan dinafikan. Merekalah yang meniup api perkauman yang menyebabkan perpecahan kaum terutama golongan Bumiputera dan terus menanam kebencian bukan Bumiputera atau bukan Islam kepada orang Islam.
 
DAP tidak layak bercakap mewakili rakyat Sarawak, sudahlah yang bercakap seorang Cina dan pemimpin di dalam DAP juga semuanya Cina. Bagaimana boleh mewakili suara rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan majoriti masyarakat adalah Iban dan Melayu mengikut populasi terkini. Rakyat Sarawak mesti bijak menilai antara kaca atau permata dengan jelas. PH yang ditunjangi DAP telah lama merosakan sistem masyarakat pelbagai kaum dengan memberi persepsi buruk terhadap perpaduan kaum majoriti serta hubungan baik antara kaum.
 
Pepecahan orang Melayu di Semenanjung adalah kemenangan besar buat DAP. Jika Melayu sebagai kaum majoriti terus bersatu maka sukar bagi DAP untuk melaksanakan agendanya. Kini, mereka berusaha memecahbelahkan kaum Bumiputera di Sarawak dengan menggelar hubungan baik antara kaum sebagai sesuatu yang kotor. Persepsi buruk masyarakat terus dibina, ketegangan antara Iban dan Melayu sebagai kaum majoriti akan terus di laga oleh DAP. Maka dua kaum terdekat di Sarawak iaitu Melayu dan Iban perlu sedar kejahatan DAP ini. Menolak DAP dan PH adalah perkara utama rakyat Sarawak kini.
 
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Sarawak merasa selesa dengan kepimpinan PAS yang bersifat sederhana, tidak perkauman dan menggutamakan  kepentingan semua lapisan masyarakat. PAS mengangkat pemimpin bukan Islam dalam satu wadah atau dewan dengan memberi peluang mereka menyuarakan suara mereka kepada kepimpinan. Ini tidak dapat dicari dalam parti yang mengamalkan sikap berpuak dan kroni tersendiri yang akhirnya meranapkan harapan rakyat kepada mereka.
 
DHPP juga menyambut baik saranan Presiden PAS bahawa kuasa bumiputera terutama Melayu dan Dayak di Sarawak perlu dikekalkan. GPS pula perlu mengambil kesempatan yang ada memperbaiki kelemahan dan jangan mengetepikan kaum dayak seperti apa yang dirasakan oleh kaum itu kini. Keengganan GPS bekerjasama dengan PAS dalam perkara sebegini akan merugikan kaum majoriti iaitu Bumiputera Sarawak.
 
ACHAU MUJAH
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Sarawak – HARAKAHDAILY 21/9/2019
Advertisement