Perkukuh Muafakat Nasional hadapi cabaran PRU15

TAWAU: Gerak kerja PAS di semua peringkat Negeri dan Kawasan akan diperkukuhkan dalam menghadapi PRU15 berdasarkan penyelarasan Muafakat Nasional yang lebih jelas dan teratur.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ketika membentang kertas kerja Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Hotel Marco Polo, di sini semalam.

“Dalam berhadapan realiti politik Malaysia, membina dan merapatkan hubungan baik dengan NGO, NGI, golongan anak muda, wanita, tokoh-tokoh pimpinan dan masyarakat sekitar yang berbilang kaum dan bangsa itu penting.

“Terutamanya selepas Muafakat Nasional yang termeterai baru-baru ini, hubungan baik dengan tokoh pimpinan gereja, MCA dan MIC peringkat negeri dan kawasan perlu dibina.

“Islam mengutamakan damai dan kesejahteraan terutama dalam situasi di mana terdapat pihak yang menghulurkan perdamaian. Atas sebab itu pendekatan damai dan berhemah sesuai dengan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) wajib didahulukan.

“Terutamanya ketika dalam sebarang urusan yang melibatkan pihak luar demi kepentingan bersama masyarakat,” katanya turut mengingatkan ahli agar mengukuhkan kekuatan spriritual disamping menambah ilmu dan tarbiyah bagi memelihara jati diri perjuangan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan agar ahli mengelak sama sekali pertembungan terbuka dan pendekatan keras apabila melibatkan khilaf dengan pihak luar terutama di media sosial.

Program yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Mohd Aminuddin Aling ini turut dihadiri Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. – HARAKAHDAILY 22/9/2019

IMG 20190922 WA0018

IMG 20190922 WA0017