PASRelief serah sumbangan buat Milagros

ZAMBOANGA, Filipina:  Delegasi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) yang berlepas dengan penerbangan dari Kuala Lumpur tengah malam kelmarin dahulu ke Manila dan seterusnya tiba di Zamboanga jam 11 pagi kelmarin.

Advertisement

Diketuai Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, misi kali ini sedikit berbeza kerana bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Milagros Campomayor @ Jamilah yang sedang menghidap kanser.

Turut serta adalah Pengerusi PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Pengarah PASRelief, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta Setiausaha PASRelief, Norhafiza Fadzil serta anakanda Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, Zakaria Ansari.

Ketibaan mereka disambut anak Jamilah, Aminshani C Lukman di Lapangan Terbang Zamboanga dan langsung ke kediaman keluarga ini yang ternyata begitu ternanti-nanti di Aquarius St, Guiwan, di sini.

Pertemuan ini ternyata amat bermakna bagi Jamilah yang merupakan anak angkat Almarhum Ustaz Azizan tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mengimbau segala kenangan sepanjang bersama keluarga itu.

Beliau yang selepas dari Universiti Mindanao menyambung pengajiannya di Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu turut bersyahadah kembali kepada fitrahnya dihadapan Almarhum ‘ayahnya’.

Akhir pertemuan, sumbangan telah disampaikan kepadanya yang diterima dari PASRelief, Dewan Muslimat PAS Malaysia serta rakan-rakan sepengajiannya di KUSZA dahulu dengan jumlah keseluruhan RM27,500.

Pemberian tersebut nyata melegakan keluarga itu yang tidak terhenti  mengungkap kesyukuran mereka bagi membiayai rawatan kanser dihadapi Jamilah memandangkan kos perubatan di Zamboanga yang sangat tinggi.

Orang ramai yang prihatin dan turut sama ingin menyumbang menjayakan misi-misi PASRelief boleh berbuat demikian di Maybank Islamic 5640 7061 2333 atas nama PASRelief.  – HARAKAHDAILY 25/9/2019

IMG 20190925 WA0003 

IMG 20190925 WA0005