Skuad Prihatin serah derma buat warga Otentik

TAWAU:  Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah menyerahkan sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik, di sini kelmarin.

Advertisement

Penyampaian derma itu telah dilakukan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sabah, Nur Izzati Yusof yang mewakilkan kepada Pengerusi Masjid Nurul Huda, Muhammad Nasir Ali.

Skuad Prihatin melancarkan kutipan derma sumbangan itu bagi membantu meringankan beban 74 keluarga dari 54 rumah kediaman yang hangus dijilat api menyebabkan mereka hilang tempat tinggal dalam tragedi 28 Ogos lalu.

Serahan sebanyak RM5,050 itu turut disertai Ketua Ameerah Sabah, Julaila Ismail serta Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Tawau dan Batu Sapi, Siti Arfah Asrisal dan Haslisa Hariono.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Maybank 5640 2540 0711 Dewan Muslimat PAS Pusat dan digalakkan maklum menerusi WhatsApp  ke talian 019-357 7502HARAKAHDAILY 24/9/2019