ECRL beri impak besar kepada Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan menyambut baik  pendirian Kerajaan Persekutuan yang memutuskan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Advertisement

marTimbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek ECRL memberi impak yang besar kepada Kelantan.

Katanya,  ECRL adalah projek kerajaan dan sekiranya ia akan diteruskan, kerajaan negeri begitu berbesar hati menerima berita itu.

“Pada pandangan kita sejak awal lagi kita nampak ada potensi ekonomi yang baik daripada projek tersebut.

“Ia akan memberi kesan ekonomi kepada kawasan-kawasan terlibat terutama di stesen-stesen yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kawasan penempatan baharu,” ujarnya kepada media  selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Mohd Amar berkata memang terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berhubung projek ECRL namun kerajaan negeri menyifatkan ia adalah perkara biasa.

Tambahnya,  apa yang bakal diperolehi akan mendapat banyak manfaat jika projek itu diteruskan.

Menyentuh Belanjawan Negara 2020, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat meneruskan lima cadang projek di negeri ini. – HARAKAHDAILY 26/9/2019