PAS Permatang Pauh dekati penduduk di Samagagah

PERMATANG PAUH: Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan program “Selamatkan Malaysiaku, Selamatkan Pulau Pinang”.

Advertisement

Program bertemu masyarakat dengan kerjasama PAS Permatang Pauh ini diadakan sempena Hari Malaysia ini telah diadakan di Pasar Awam Samagagah, di sini 22 September lalu.

Program turun ke lapangan ini bertujuan mendekatkan PAS kepada masyarakat berbilang kaum bertepatan dengan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Sebanyak 200 pek kuih Nona Manis menjadi buah tangan untuk  diagihkan kepada para peniaga dan orang awam pelbagai kaum yang disantuni di pasar ini.

Selain itu, para petugas turut mengedarkan risalah berkenaan isu ‘Tolak Tambak Laut’ dan kempen Buy Muslims First atau dahulukan produk Muslim kepada orang ramai.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Ir Ahmad Rafaie Dato’ A Rashid telah berinteraksi dengan pengunjung secara sembang santai di tengah-tengah pasar yang menarik perhatian ramai.

Pimpinan PAS Permatang Pauh yang turut hadir adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Mohamad Asre Jusoh dan Timbalan Ketua Muslimat PAS, Rozita Samsudin

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Permatang Pauh, Foziah Yahya berharap program ini dapat mengajak masyarakat bersama-sama PAS dalam mengekalkan  kesejahteraan  keharmonian negara Malaysia tercinta. – HARAKAHDAILY 26/9/2019   

IMG 20190926 WA0008

IMG 20190926 WA0009

IMG 20190926 WA0010