Kelantan cuti peristiwa esok dan Isnin

mad2

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan cuti peristiwa selama dua hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra.

Advertisement

Menurutnya, cuti peristiwa itu bermula esok, Ahad dan Isnin sebagai penghormatan di atas kemangkatan baginda.

Pada masa yang sama, jenazah ayahanda Sultan Muhammad V itu akan dimakamkan petang ini selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Diraja Langgar.

Beliau berkata demikian pada media sempena sidang media khas di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.

Katanya lagi, baginda mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

“Dengan titah perintah Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan perkabungan sempena kemangkatan ayahanda baginda bermula hari ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/9/2019