Sultan Ismail Petra raja berjiwa rakyat

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan menyifatkan almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra seorang raja yang berjiwa rakyat.

Advertisement

Kata mereka biarpun baginda lama gering, namun rakyat sering mengikuti perkembangan kesihatannya.

Penyelia Dun Kok Lanas Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, baginda diingati kerana merasmikan pelancaran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

Katanya sejarah itu masih menjadi ingatan dan mencatat sejarah,  sebuah pihak berkuasa tempatan diisytiharkan sebagai perbandaran Islam.

“Kota Bharu satu-satunya Majlis Perbandaran diumumkan sebagai bandar raya Islam di negara ini.

“Saya terlibat secara langsung dengan majlis pelancaran tersebut kerana ketika itu berkhidmat sebagai pegawai di MPKB,” katanya di sini.

Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad berkata, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar buat rakyat Kelantan.

Katanya sebagai mewakili rakyat di Dun Paloh beliau merapat sembah merakam ucapan takziah kepada usrah diraja di atas kemangkatan baginda. – HARAKAHDAILY 28/9/2019