Penangguhan aktiviti sukan dan hiburan

BAGI menghormati dan mematuhi  arahan berkabung berikutan kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sebarang aktiviti sukan dan hiburan yang melibatkan secara langsung Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan adalah ditangguhkan sehingga luput 40 hari bermula daripada tarikh kemangkatan.

Advertisement

Sekian dimaklumkan.

WAN ROSLAN WAN HAMAT
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 29/9/2019