Pendekatan PAS fleksibel ikut kesesuaian zaman

GOPENG: Ta’awun  mahupun Tahaluf Siyasi di medan politik yang dijalankan oleh PAS tidak pernah sama sekali merugikan parti Islam ini seperti sangkaan pelbagai parti politik lain.

Advertisement

Bahkan dalam sejarah, PAS juga membuktikan, ia antara parti yang menyertai rundingan Suruhanjaya Reid dalam era menuntut kemerdekaan pada suatu ketika dahulu.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Selangor, Ustaz Dr Zamri Zainuddin berkata sedemikian pada Program Liqa’ Fikri bulanan PAS Kawasan Gopeng di Wisma Purnama, Pengkalan Pegoh, di sini kelmarin dahulu.

“Biarpun ada beberapa dasar penjajah yang kita tidak setuju pada masa itu, tetapi PAS melihat asas kemerdekaan itu adalah untuk mencapai kebebasan menjalankan dakwah.

“Pada ketika tidak mempunyai sebarang kuasa, Tok Guru PAS telah berbincang dengan Umno menuntut kemerdekaan antaranya menandatangani Kontrak Sosial.

“Ia merupakan perjuangan Ulamak PAS yang telah melihat kesan jangka masa panjang bahawa penjajah ingin kucar kacirkan struktur masyarakat dengan mengimport orang-orang luar sebagai buruh dan diberikan hak yang luar biasa,” ujarnya.

Terdahulu, Yang DiPertua PAS Gopeng, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, politik bersifat fleksibel iaitu berubah-ubah persis telefon bimbit yang perlu sentiasa dimuat naik aplikasi dari semasa ke semasa.

“Dasar PAS bersifat tetap, tidak berubah dan tidak pernah pincang dari akidah Islam. Cuma strategi politik PAS bertukar-tukar mengikut masa dan tempat yang tertentu demi menjaga kepentingan Islam yang diperjuangkan,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan agar jemaah PAS sentiasa berfikiran matang dalam mendepani isu-isu semasa yang diliputi cabaran yang hebat kini. – HARAKAHDAILY 29/9/2019 

IMG 20190929 WA0008