Rekreasi Ameerah Bukit Gantang bincang BMF

TAIPING: Ameerah Kawasan Bukit Gantang berekreasi dan mengadakan perjumpaan dalam kalangan anggota Muslimat Muda PAS ini di Taman Tasik Taiping, di sini semalam.

Advertisement

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk merapatkan ukhuwah selain mengikuti pengisian rohani yang disampaikan oleh Ketua Ameerah Bukit Gantang, Wawa Asma Anas.

Beliau mengupas Hadis keenam daripada kitab Matan Arbaien, Imam An Nawawi membicarakan tajuk Halal dan Haram selaras kempen Buy Muslims First (BMF).

Selepas pengisian tersebut,  perjumpaan diteruskan dengan merancang aktiviti yang bakal dilaksanakan pada tahun ini oleh Ameerah Bukit Gantang.

Perjumpaan ini diakhiri dengan menikmati suasana alam semulajadi di kawasan rekreasi pelancongan terkenal ini. – HARAKAHDAILY 29/9/2019

IMG 20190929 WA0038

IMG 20190929 WA0040