Islam memimpin, hidup pelbagai kaum harmoni

KUALA KANGSAR: Umat Islam wajib mengimani Rasulullah S.A.W yang telah meninggalkan teladan dan mewariskan kesan besar ke atas sejarah penyatuan serta kekuatan umat manusia.

Advertisement

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kuala Kangsar, Ustaz Izam Baharin berkata, hal tersebut dijayakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W dengan meletakkan Islam yang memimpin.

“Nabi Muhammad S.A.W sendiri adalah qudwah hasanah iaitu contoh ikutan terbaik yang diangkat menjadi ketua pemimpin sehingga Madinah menjadi model negara Islam gemilang di mana orang bukan Islam juga boleh hidup secara harmoni.

“Dalam konteks umat hari ini, sewajarnya Baginda dicontohi kerana berjaya menyatukan umat Islam atas dasar politik Islam,” ujarnya pada program Memasak Bubur Asyura di Kampung Talang Masjid, di sini semalam.

Program anjuran PAS Cawangan Talang Masjid dan Dewan Muslimat PAS Kuala Kangsar itu selain merapatkan ukhuwah, juga bertujuan menghidupkan amalan gotong-royong memasak bubur tradisi itu.

Program dipimpin Ketua Muslimat PAS Talang Masjid, Ridawati Baharin ini telah mendapat sambutan hangat penduduk terutamanya dalam kalangan anak muda kampung ini.

Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Kuala Kangsar, Ustaz Azhar Din serta Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Junaidah Abdullah.

Bubur ini kemudian diedar kepada masyarakat kampung dan program diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Markas PAS Talang Masjid. – HARAKAHDAILY 30/9/2019

IMG 20190930 WA0004   

IMG 20190930 WA0005

IMG 20190930 WA0006

IMG 20190930 WA0007