Konvoi Sempoi Pemuda PAS Permatang Pauh

KULIM: Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh yang telah berjaya mengadakan Konvoi Sempoi Bersama Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh  Ustaz Muhammad Fawwaz Md Jan ke Sedim, di sini.

Advertisement

Program anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan dengan kerjasama Alternative Riding Club dan Jabatan Amal ini menghimpunkan hampir 130 amilin dari segenap Cawangan dalam Permatang Pauh.

Pelepasan konvoi disempurnakan bacaan doa oleh Naib Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaie Dato’ Ir A Rashid bermula jam 8.30 pagi di Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh.

Setibanya di Sedim Ceria Resort, para peserta telah mengikuti ucapah perasmian oleh Ustaz Fawwaz, selain program turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim.

Ustaz Razib mengingatkan hadirin peri pentingnya berpegang kepada akidah yang sahih dalam menelusuri dunia kini yang semakin mencabar.

Slot bergambar kenangan dan mandi air deras Sungai Sedim sedikit sebanyak mempertautkan lagi ukhuwah sesama peserta dan disudahi dengan solat Zohor secara berjemaah di tapak program.

Rentetan dari usaha ini, agenda pemerkasaan tarbiyah dan perkaderan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi mencapai sasaran 12,000 amilin istiqamah. – HARAKAHDAILY 30/9/2019 

IMG 20190930 WA0053

 

IMG 20190930 WA0055 

IMG 20190930 WA0059