Muafakat PAS-Umno kacau bubur Asyura PU

NIBONG TEBAL: Tujuh Cawangan PAS dan Umno saling bermuafakat menganjurkan program Kacau Bubur Asyura Penyatuan Ummah yang dilangsungkan di PASTI Sungai Acheh, di sini semalam.

Advertisement

Pengarah Program, Musalmah Yusop memimpin acara yang meriah disertai sekitar 200 ahli kedua parti dan penduduk setempat di mana turut dijalankan pertandingan menyediakan bubur tradisi ini.

Majlis juga turut diisi dengan tazkirah yang disampaikan Ketua Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajuddin Abu Bakar di mana menegaskan Penyatuan Ummah bukan hanya pada program, tetapi selamanya.

Pimpinan PAS Kawasan Nibong Tebal yang urut hadir adalah Yang DiPertua, Nor Zamri Latiff dan Ketua Urusan Ulamak, Ustaz Rijaluddin Yahya serta Timbalan Ketua Muslimat, Ustazah Dina Omar.

Manakala pimpinan Umno Bahagian Nibong Tebal terdiri dari Ketua, Shafie Kassim dan Ketua Wanita, Senator Sofeah Sharef.

Bubur Asyura Muslimat PAS Cawangan Sungai Acheh telah dipilih sebagai pemenang pertandingan dan menerima hadiah disampaikan pihak pimpinan. – HARAKAHDAILY 30/9/2019

IMG 20190930 WA0024